Wednesday, October 3, 2012

Asal Usul Bangsa Irranun

Berdasarkan kenyataan tokoh besar di Magindanao, Filipina, Bangsa Irranun berasal dari kaki Gunung Makaturing yakni sebuah gunung berapi iaitu sekitar Butig, Wilayah Lanao Del Sur. Disebabkan Gunung Makaturing meletus sekitar 1765, memaksa suku kaum ini mula berpindah ke beberapa lokasi. Lokasi pertama adalah Catabato. Lokasi kedua pula adalah sekitar Tasik Lanao Del Sur yang disebut oleh bangsa tersebut sebagai Illano atau Lano. Dan lokasi ketiganya adalah di laut. Mereka mula sebati dengan kehidupan laut dan sungai serta mula tinggal di pesisir pantai dan sungai. Mereka mulai dikenali sebagai Lataou yang bermaksud sebagai orang yang membuat rumah di atas air. Masyarakat ini mula menjadi pelayar dan pahlawan. Ada pula diantara mereka menjandi askar bantuan kepada Sultan Sulu serta Sultan Brunei.

No comments: